Pada tahun 1946, ke dua-dua sekolah tersebut telah di buka kepada semua anak-anak penduduk disekitar kawasan Kangkar dengan jumlah murid Sekolah Melayu Kangkar Tebrau 64 orang manakala Sekolah Agama Kangkar Tebrau ialah 40 orang.
Pada tahun 1958, murid-murid dan
guru telah menumpang di Balai Tumpangan Air Bah Pekan Kangkar Tebrau. Dengan keadaan tempat yang tidak selesa dan dhaif, penduduk kampung, parti politik telah merayu kepada pihak kerajaan untuk membina sebuah bangunan sekolah yang kekal berhampiran dengan masjid.
Berikutan kemudahan yang tidak mencukupi dengan hanya kebanyakkan Guru Agama tidak mempunyai kenderaan kecuali basikal menyebabkan sesi pembelajaran murid tidak sempurna. Peristiwa itu berlaku pada yahun 1962 hingga 1964 itu pada zaman pentadbiran Ustaz Haji Isnin, Ustaz Hj Syeikh Yusuf b Ibrahim, Ustaz Mohd Zainal b Nasir, Ustaz Nordin, Ustaz Panjang dan Ustaz Hj Jailani. Sepanjang tahun tersebut berlaku pelbagai masalah berikutan Sekolah Melayu Kangkar Tebrau telah dijadikan Sekolah Kebangsaan, Waktu pembelajaran diadakan dua sesi iaitu sesi pagi dan petang.
Pada tahun 1970 hingga 1980 dengan kesungguhan penduduk kempung dan parti politik, maka kerajaan telah meluluskan peruntukkan segera sebanyak RM 60,000 maka dengan hasil wang yang diberikan wujudlah Sekolah Agama berhampiran dengan Masjid Kangkar Tebrau. Akibat penambahan murid yang terlalu ramai maka tertubuhlah satu jawatankuasa Badan Kebajikan Sekolah Agama. Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk membantu sekolah dalam menampung bangunan sekolah yang masih tidak mencukupi hasil daripada sumbangan orang ramai.
Alhamdullillah, dengan kesungguhan mereka akhirnya mereka berjaya untuk mendapatkan kawasan yang sesuai iaitu tanah Baitulmal
Lot 222 yang berhampiran dengan sekolah. Pihak Baitulmal bersetuju bahawa tapak tersebut dibangunkan dengan syarat membayar pampasan sebanyak RM 7525.00.
Seseorang telah bersetuju untuk membayar pampasan tersebut dengan ini maka terbinalah bangunan SEKOLAH AGAMA KANGKAR TEBRAU. Sekolah ini telah dirasmikan oleg Tuan Hj Mohd Ali bin Hj Husin (
JM,SJA,KMN,PPPNIS,AMN,) . Beliau merupakan speker Dewan Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Tebrau. Sekolah ini dengan rasminya dibuka pada hari Ahad ,14 September 1997 bersamaan 12 JAMADILAWAL 1418.
No comments:
Post a Comment